Ramadhan

Selamat Datang Ramadhan...??

Ramadhan - Bulan Puasa

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.


Surat Al-Baqarah: Ayat 183

Wahai teman2 skalian..
Tahukah anda keistimewaan Bulan Ramadhan..

1. Al-Quran d trun kan pada bulan mulia iaitu Bulan Ramadhan

(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil). Kerana itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.

SurahAl-Baqarah: Ayat 185

2. Bulan yg d buka nya pintu syurga seluas-luasnya & d ttup nya pintu neraka seerat-eratnya

3. Hanya Bulan yg mmpunyai Solat sunnat Tarawikh

4. Trdapat mlam Lailatul Qadar ( mlam kmulian yg lbih baik dari seribu bulan )

Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan(1).Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?(2).Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan(3).Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan(4).Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar(5).

Surah Al-Qadr: Ayat 1-5
5. Bulan Keampunan/Penebus dosa

Sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya:

“Sembahyang lima waktu, dan sembahyang Jumaat ke sembahyang Jumaat berikutnya, dan bulan Ramadhan ke bulan Ramadhan berikutnya adalah menjadi penebus dosa yang terjadi di antara waktu-waktu tadi, selama orang itu menjauhi dosa-dosa besar.”

(Hadis riwayat Muslim)

Kelebihan Bulan Ramadhan

Kelebihan Ramadhan

Mengenai kelebihan bulan Ramadhan, terdapat banyak hadis Nabi SAW yang membicarakan tentangnya. Antaranya: “Bulan Ramadhan adalah bulan keampunan. Apabila seseorang hamba berpuasa pada permulaan bulan Ramadhan, maka Allah SWT mengampunkan dosa-dosanya hingga akhir bulan tersebut hingga ke Ramadan berikutnya. Bagi hamba tersebut, dibina mahligai yang indah di dalam syurga, pintunya diperbuat dari emas bagi setiap hari dia berpuasa dan 70,000 malaikat memohon keampunan untuknya dari pagi hingga tenggelam matahari”.

Bulan Ramadhan dikenali dengan ‘bulan kesabaran’. Ini kerana pada amalan berpuasa pada bulan ini menuntut kita bersabar menahan diri dari melakukan segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa dan perkara yang membawa kepada kurangnya pahala puasanya.

Rasulullah SAW sendiri menamakan bulan Ramadhan dengan bulan kesabaran. Dalam satu hadis dari Salman r.a yang diriwayatkan oleh Khuzaimah di dalam Sohihnya bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya: “Ia adalah bulan kesabaran dan pahala kesabaran ialah syurga.”

Menurut pendapat cendekiawan Islam, sabar boleh dibahagi kepada tiga:

lPertama: Sabar dalam mentaati perintah Allah SWT.

lKedua: Sabar dalam meninggalkan perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah SWT.

lKetiga: Sabar dalam menerima takdir Allah SWT yang perit dan menyakitkan.



Jadi...

Sama2 la kita mnyambut kedatngan Ramadhan dgn tgn t'buka & hati yg tulus ikhlas..

Insya'ALLAH..